Opah Farm a.k.a Ladang Ternakan Opah adalah satu pusat ternakan dan rekreasi berkaitan dengan arnab. Di bangunkan oleh seorang anak muda Malaysia, Syawal, pada tahun 2003, Ladang Ternakan Opah telah menjadi salah satu pusat ternakan arnab terbesar di daerah Selayang. Bertempat di kawasan hutan
Bukit Lagong yang masih terpelihara keasliannya serta berhampiran aliran sungai yang memukau, Ladang Ternakan Opah menjanjikan satu pengalaman yang unik berbanding ladang ternakan arnab yang lain. Ia sekaligus menjadikan arnab yang dipelihara sihat dan cergas.
Pada tahun 2004, Ladang Ternakan Opah yang mendapat bimbingan dan bantuan dari pihak berkaitan telah melangkah satu lagi anak tangga kemajuan dengan menyediakan arnab yang sentiasa sihat dan berisi kepada pihak berkaitan untuk tujuan penyelidikan. Selain itu, Ladang Ternakan Opah juga kini terbabit dalam penyediaan pelbagai jenis makanan berasaskan arnab dan baja organik arnab yang telah diuji kebaikannya dalam membantu menyuburkan tanah serta menyihatkan tanaman.
Kini, Ladang Ternakan Opah mengorak satu lagi langkah dengan menyediakan kawasan rekreasi untuk anda sekeluarga bermain dengan arnab-arnab terbaik serta mempelbagaikan sumber pendapatan dengan tambahan ayam kampung sebagai ternakan terbaru (untuk daging dan telurnya).
Datanglah ke Ladang Ternakan Opah bersama keluarga anda untuk bermain bersama arnab terbaik kami sambil menikmati kesegaran dan kedinginan air sungai yang asli dan jernih.
Opah Farm is one stop center for rabbit lovers. It was established by local malaysia, Syawal, in 2003 whom choose rabbit for its uniqueness and ease of maintenance. The farm are now the only and the biggest rabbit farm in Selayang district operate solely by Malaysian Muslim.