Aktiviti Terkini (Latest Activities)

Saturday, January 28, 2012

Aktiviti di Ladang Ternakan Arnab Opah (Activities at Opah Rabbit Farm)

Antara aktiviti yang dikendalikan serta diberi peluang pada pelawat ialah:

  • Membersih dan Memandikan Arnab





  • Bermain dengan Arnab / Anak Arnab


  • Memberi makan pada arnab / anak arnab

  • Memberi makan pada itik dan ayam




Setiap aktiviti ini tidak memerlukan bayaran tambahan. Sebaliknya memadai dengan bayaran masuk yang dikenakan pada setiap individu seperti di paparkan di pintu masuk.

Pintu Masuk Ke Ladang Ternakan Arnab

Monday, January 16, 2012

About Us

Opah Farm a.k.a Ladang Ternakan Opah adalah satu pusat ternakan dan rekreasi berkaitan dengan arnab. Di bangunkan oleh seorang anak muda Malaysia, Syawal, pada tahun 2003, Ladang Ternakan Opah telah menjadi salah satu pusat ternakan arnab terbesar di daerah Selayang. Bertempat di kawasan hutan Bukit Lagong yang masih terpelihara keasliannya serta berhampiran aliran sungai yang memukau, Ladang Ternakan Opah menjanjikan satu pengalaman yang unik berbanding ladang ternakan arnab yang lain. Ia sekaligus menjadikan arnab yang dipelihara sihat dan cergas.

Pada tahun 2004, Ladang Ternakan Opah yang mendapat bimbingan dan bantuan dari pihak berkaitan telah melangkah satu lagi anak tangga kemajuan dengan menyediakan arnab yang sentiasa sihat dan berisi kepada pihak berkaitan untuk tujuan penyelidikan. Selain itu, Ladang Ternakan Opah juga kini terbabit dalam penyediaan pelbagai jenis makanan berasaskan arnab dan baja organik arnab yang telah diuji kebaikannya dalam membantu menyuburkan tanah serta menyihatkan tanaman.

Kini, Ladang Ternakan Opah mengorak satu lagi langkah dengan menyediakan kawasan rekreasi untuk anda sekeluarga bermain dengan arnab-arnab terbaik serta mempelbagaikan sumber pendapatan dengan tambahan ayam kampung sebagai ternakan terbaru (untuk daging dan telurnya).

Datanglah ke Ladang Ternakan Opah bersama keluarga anda untuk bermain bersama arnab terbaik kami sambil menikmati kesegaran dan kedinginan air sungai yang asli dan jernih.




Opah Farm is one stop center for rabbit lovers. It was established by local malaysia, Syawal, in 2003 whom choose rabbit for its uniqueness and ease of maintenance. The farm are now the only and the biggest rabbit farm in Selayang district operate solely by Malaysian Muslim.

Welcome

Welcome to Opah Farm... The place where rabbit lovers share the true spirits and love with rabbits :)

Followers